Sayang, immiss you 🌹

Hai sayang.. Saya tak tahu kenapa harini saya ambil keputusan utk tulis mesej saya kat sini. Haha tapi. Apa yang saya nak katakan pada harini adalah satu kekesalan atas diri saya. Saya nak minta maaf atas semuaaaaaaa perbuatan saya pada awak. Saya tahu dan yakin, awak dah usaha macam macam perkara utk buat saya bahagia. Dengan keadaan awak yang jauh dengan saya, seorang dekat Malaysia, seorang lagi dekat Mesir, mesti amat sukar bagi awak dalam menghadapi hari hari belajar awak dengan kita yang sedang bergaduh sekarang ni, kan? 

Awk cakap saya makin berubah. Ya, tak dinafikan yang saya pun terasa saya makin berubah, Saya yang makin jauh, Saya yang makin tawar hati. Memang saya. Saya tak pasti apa lagi yang tak cukup. Sedangkan saya tahu, awak lelaki yang terbaik pernah saya dapat. Lelaki yang, selalu hormat saya, yang selalu tahan dengan sikap saya yang suka marah marah, merajuk? Lelaki yang utamakan kehendak saya. Lelaki yang selalu usaha dapatkan apa yg saya nak? Lelaki yang selalu memberi nasihat bila saya dalam keadaan emosi. Lelaki yang sayangkan family dia lebih dia sayangkan saya, lelaki yang sudi bacakan saya quran bila saya nak dengar. Lelaki yang sudi melayan kerenah saya, dengar cerita bodoh saya, nyanyikan lagu permintaan saya pagi pagi buta dalam keadaan awk yg tgh mamai nya, lelaki yg selalu nak berdamping dengan saya, lelaki yang tak pecaya lelaki lain yg nak rapat dgn saya, lelaki yg selalu yakin dengan diri saya. Lelaki yang, special edition. Lelaki yang selalu persiapkan diri untuk ada untuk saya tak kira bila bila masa yang saya perlukan.  Tak mampu saya describekan lelaki seperti apa awak ni. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain yg saya pernah jumpa, mungkin takkan sama. Ya, memang takkan sama. Sebab saya selalu bandingkan awak dgn mana mana lelaki bila saya ada kenal lelaki yang baru. Yes, memang tak sama. 

So, pada harini, saya terasa rinduuu sangat kat awak. Sejak kita tak contact selama 3 harini, saya rasa agak sunyi. Saya terfikir kebaikan awak yang sebelum sebelum ni. Kalau nak dibandingkan antara kesalahan awak dengan kesalahan saya, mungkin salah saya lebih banyak berbanding awak. Bila saya fikirkan awak, saya rasa terharu, bahagia, bersyukur dan semualah perasaan bahagia tu. Saya rasa, Allah dah beri saya lelaki yang baik dalam usia saya semuda ni. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana saya boleh jaga hubungan kita? Layak ke perempuan mcm saya ni dapat lelaki sebaik awak? Hmm, saya taknak sia siakan peluang ni. Saya nak kita kekal bersama. InsyaAllah saya yakin, dengan doa, kita akan dapat kekalkan hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat kita. Okay?

Saya tahu, awak lelaki yang baik dan terbaik!ً  Malah tak dinafikan lagi, bila saya dengar cerita daripada adik awak pun, excited betul dia bila dia describe pasal awak. Tak habis habis dia puji bertapa beruntungnya saya dpt awak. "Awk ni dahlah baik, hormat orang tua, rajin lagi. Tiap2 pagi bangun subuh tolong mama kat dapur." ya? Hihi.

Apa-apapun, kat sini saya nak minta maaf dekat awak. Yelah, asyik awk jekan yang mengalah. Terasa bersalah pula saya. Padahal kadang kadang tu salah saya sendiri. Tapi demi nak selamatkan hubungan kita, awak selalu rendahkan ego dan mengalah dengan saya dalam apa jua keadaan. Haih, macam mana tak sayang? Kan πŸ™ˆ

Okaylah, sampai sini saja. Segan pula saya. Hihi tapi takpe, saya anggap ni satu denda sebab dah buat awak nangis, sedih, otak bercelaru, tak boleh tidur tu semua. Saya harap, awk cepat cepat lah on internet tu okay. Jangan diamkan diri tu lama lama. Rindu i ni dah sampai kemuncak tau! Hihi 

Lastly, kita jangan lupa doa utk relay kita okay? Semoga semuanya dipermudahkan dan dipercepatkan. Saya pun taknak kita berlama lama macam ni. Takut hilang "asdfghjk" tu semua. Hmmm mudah mudahan, hubungan kita kekal hingga berjaya mencapai matlamat kita ya. 
insyaΨ§Ω„Ω„Ω‡,  makin kerap kita berdoa kepada-Nya, makin mudah urusan kita. *wink

Sampai sini saja. Hihi i love you my one & only, my the best of bestfriend, my one in seven billion. Mmuaaahh! πŸ’‹❤️πŸ’


In memory,

Maria.
3/24/2018

Comments

Popular Posts