Sayang Maria

Hi ! I'm Jaf ! Harini aku nk ceritakan tentang perkenalan aku dan pasangan aku yg tercinta lagi tersayang. Awal perkenalan aku dan dia sekitar bulan Ogos 2014. Pada awalnya, aku bertekad utk single kerana aku kecewa dgn cinta sebelum aku kenal Maria. Aku kenal Maria ni dari kawan aku and dia punya GF, iaitu iman and jue. Duorang ni tahu aku selalu menyepi sejak aku heartbroken. So, dia kenalkan seorang kawan dia yg bernama Maria ni. Katanya single. Pada mulanya aku tak berminat utk berkenalan dgn perempuan baru. Almaklumlah kita baru putus cinta kan. Tapi aku tertarik dgn nama dia, Maria. Aku suka sangat nama dia sbb classic and jarang aku jumpa org yg bernama Maria ni dalam hidup aku. So, kawan aku ni bagilah insta id Maria dkt aku. Aku pun berniat utk tahu dia dgn lebih detail. So, aku search acc dia. Jumpa and betapa segannya aku sbb follower dia ramai rapat sampai ke dinding. Ragu ragu pulak aku nak follow sbb takut dia tak follow semula. Ibarat bertepuk sebelah tanganlah jawabnya kalau dia tak follow. Aku try follow dia and dia pun beri respon yg cantik huhuhu. Aku stalk and like gambar2 dia dari atas sampailah bawah. Betapa cantiknya dia. Aku terpesona dgn rupa dia yg menawan hati. Disebabkan aku like semua gambar2 dia, dia komen dkt gambar aku. The first question from her and i still remember till now "stalking me ?" And i was like wooowww !! Dup dap dup dap jantung i bila dia tegur mcm tu. Mana tak nya, biasanya aku yg tegur org dulu tp ni terbalik. Nampaknya Allah permudahkan urusan aku utk berkenalan dgn insan yg bernama Maria ni. Bermula di insta and beralih ke wc lepas tu beralih ke ws and seterusnya call2 story pasal hidup masing2. Bila aku mendalami diri dia, ada yg istimewa dalam diri dia. Selain dari fizikal yg perfect, dia ni wanita yg bijak dan rajin dalam belajar, pandai masak, baik hati, ramah dan hormat dgn org tua2, rapat dgn family. Dalam perkenalan aku dan dia, aku diduga dgn dugaan yg berat sekali dalam hidup aku. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tarikh 24 Ogos 2014. Emosi aku cukup terganggu. Kehilangan yg terbesar dalam hidup aku. Aku rasa gelap dunia bila abah pergi. Sedih pedih saja yg ada dalam diri pada masa tu. Hari berlalu begitu cepat. Sedih diganti dgn kegembiraan kehadiran Maria dalam hari hari aku. Maria ada bila aku sedih dan perlukan tempat mengadu. Aku cuba mendalami hati dia hari demi hari. Sampailah satu tahap, aku muram bila dia takda. Rasa happy bila dapat dengar suara dia. Rasa cinta mula berputik. Rasa sayang muncul dihati. Aku menyatakan perasaan aku pada dia. I want her to be the special one in my heart. And one  special day, she did the special thing in my special day. I mean my birthday. She surprised me on my birthday. Betapa happy bila dapat celebrate birthday. Dkt tepi pantai and suasana yg santai. Dia tahu aku minat dapat surprise mcm tu. And dia orang yg pertama yg buat surprise mcm tu. Aku terharu gila. Tapi the first best celebrate birthday masa aku kecik abah belikan aku 'crashgear'. Siapa yg hidup zaman tu je tahu mainan tu hoho. And at the same time she accepted me to be the special one in her life. Lagilah aku terharu plus blurr sekejap haha. Rasa mcm mimpi lah tp hakikatnya benda tu memang terjadi dan bukan mainan tidur. And from 1 Nov 2014 till now we still in love and aku harap aku dan dia kekal bahagia sampai kahwin and sampailah akhir hayat dunia ni, amin ya Allah ! Cukuplah karangan perkenalan aku bersama tuan puteri utk harini hihihi. Doakan yg baik baik aje ye ? Doa utk saudara mara sesama islam itu adalah doa yg mustajab. Always be positive in your life. Assalamualaikum

Comments

Popular Posts