EX

 Bissmillahirrahmannirahhim....

Assalamualaikum wbt... Harini aku rasa sepi. sangat sepi,sedih dan aku tak tahu apa yang hati aku jeritkan. aku tahu perasaan ni adalah kesan daripada pergaduhan aku dengan Syakirin. kitorang gaduh hampir sebulan. Bermulanya dia curang dengan aku. Tapi aku tak salahkan dia sepenuhmya sebab salah aku juga tak beri perhatian pada dia hampir satu sem. Mestilah dia jadi tawar hati kan.. Aku tak tahu lah apa penghujung matlamat hubungan kami. aku sedar sekarang harapan untuk kitorang teruskan tu sangat tipis. Tipu kalau aku cakap tak sayangkan dia even dah sebulan kami macam ni. disebabkan faktor dua dua ego, dua dua berdiam diri. Akhirnya hubungan ini akan pudar dan padam buat selamanya.
Segala kenangan aku dan kau, tergantung tanpa realiti. Apa yang kita impikan, semua terpaksa kita buang macam tu. Aku tak tahu apa yang kau rasa, tapi pada masa sekarang ni, aku menangis. ya menangis sambil typing. Aku sedih sangat kenapa kita akhiri hubungan kita dengan cara macam ni. Atau mungkin aku yang ego?

Aku tahu aku bukan perempuan yang baik. Aku tahu aku banyak cela. Tapi Allah itu maha mengetahui dan maha mendengar dengan apa yang aku doakan setiap malam, apa yang aku ingin capai dalam hidup. Aku tahu mungkin setakat  ni aku belum mencapai sebagai seorang perempuan yang  baik. Sebab tu Allah jarakkan kita untuk kau jumpa seseorang yang jauh lebih baik.
Tapi tak apa. Allah kan maha adil..


Sya, saya nak awak tahu, even kita gaduh sampai macam ni sekarang, saya masih sayangkan awak sangat. Kalau boleh kita fix lagi hubungan kita. Tapi awak please lah jangan jadi bendul sangat tak reti nak buat saya lembut hati.

- Maria,
3/25/2018

Comments

Popular Posts